Skip to content

Bakal Tamat Tempoh Berpantang dan Kembali Bertugas? Apa Kata Semak Tip Penyusuan Bayi, Info Penting Untuk Ibu Bekerjaya

14 January 2020

•

5 minute read

6 Pekerjaan Berisiko Tinggi Hidap Sakit Sendi

Apa tidaknya, hati pasti berbelah bahagi sama ada untuk teruskan bekerja atau menjaga si comel yang masih kecil dan memerlukan penyusuan sempurna setiap hari.

Namun jangan risau memandangkan masalah ini boleh diatasi dengan beberapa tip penting yang dikongsikan oleh Pakar Perunding Kesihatan Kanak-Kanak & Kaunselor Penyusuan Susu Ibu dari Colombia Asia Hospita-Tebrau.

Jelas Dr Farzana Yusof, wanita yang bekerjaya dapat meneruskan penyusuan susu ibu dengan cara memerah dan menyimpannya sebagai stok harian.

Tambahnya, semua wanita boleh menyusukan bayi kerana mereka mempunyai tisu buah dada.

“Di dalamnya ada kelenjar yang menghasilkan susu, duktus yang mengeluarkan susu. Tidak kira apa sekali pun saiz buah dada,” kongsinya kepada mStar.

Memerah susu dengan tangan lebih lembut berbanding menggunakan pam.

1. Kebaikan/kelebihan memerah susu ibu dengan tangan

  • Tidak risau jika bateri habis/alat ganti rosak seperti pam
  • Pemerahan tangan lebih lembut dari pam (boleh dikawal kuat atau lembut)
  • Boleh perah sedikit dahulu untuk mempercepatkan penyusuan bayi yang betul-betul lapar
  • Sesuai untuk payu dara yang terlalu penuh atau ada duktus tersumbat

Pilih pam susu yang sesuai.

2. Cara memilih pam susu

  • Beli pam yang senang digunakan
  • Cari yang mudah dibeli serta alat ganti dengan harga yang bersesuaian
  • Perlu selesa dengan penggunaan pam tersebut seperti kedudukan tangan, kadar suction dan berat pam tersebut
  • Corong yang tersedia dengan pam itu, adakah saiznya sesuai dengan buah dada ibu, apakah ia mudah dibeli di pasaran
  • Susu yang telah dipam dapat disimpan di dalam bekas lain atau terus dipam ke dalam botol susu
  • Pam senang digunakan dan senang dicuci
  • Produk yang mudah dibuka dan dipasang semula dengan hanya beberapa bahagian yang senang dipasang tanpa kelengkapan rumit
  • Pam mempunyai manual penggunaan yang mudah difahami

Bayi aktif akan menyusu sekurang-kurangnya lapan kali sehari.

3. Bagaimana mengendalikan penyimpanan susu ibu

  • Basuh tangan sebelum memerah/mengepam
  • Bekas simpanan perlulah sesuai seperti bekas lutsinar yang boleh lihat keadaan susu yang disimpan
  • Bekas plastik/kaca yang bersih atau disterilkan
  • Simpan hanya amaun yang bayi perlu dalam satu susuan sahaja, contoh untuk bayi baru lahir hingga sebulan mungkin perlu simpan 30ml sahaja dalam satu bekas
  • Jika banyak bekas simpanan, pastikan label nama dan bertarikh terutamanya jika susu perlu dihantar ke taska/penjaga
  • Gunakan susu yang telah dipam secara turutan mengikut tarikh ia dipam

Bayi aktif akan menyusu sekurang-kurangnya lapan kali sehari.

4. Cara penyimpanan susu ibu

  • Susu boleh disimpan dlm peti ais
  • Ia boleh dibekukan dalam deep freezer selama enam bulan
  • Jika disimpan dalam peti ais dua pintu bahagian atas ianya boleh dibekukan selama tiga bulan
  • Susu yang disimpan di dalam freezer peti ais satu pintu, ianya hanya boleh bertahan dua minggu
  • Jika disimpan di bahagian dalam peti ais dua pintu dengan suhu 2-4C, ia boleh disimpan selama lapan hari
  • Setelah dicairkan, susu hanya boleh bertahan 24 jam dan tidak boleh dibekukan semula

Jangan rebus atau guna microwave kerana ia boleh merosakkan susu

5. Cara mencairkan susu ibu yang telah dibekukan

  • Dari bahagian freezer perlu dikeluarkan dan diletakkan di bahagian dalam peti ais
  • Hanya keluarkan amaun yang bayi minum sahaja kerana susu yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
  • Susu ini perlu direndam dalam air suam dan diguna dengan kadar segera
  • Jangan rebus/gunakan microwave/masak dalam kuali di atas api kerana ia akan merosakkan susu tersebut dan membakar mulut bayi kerana terlalu panas

Wujud ikatan istimewa antara ibu dan anak apabila menyusu badan

6. Kelebihan meneruskan penyusuan susu ibu setelah kembali bekerja?

  • Bayi yang menyusu susu ibu kurang mendapat penyakit, oleh itu tidak banyak cuti diambil untuk ibu menjaga anak yang sakit
  • Kelebihan untuk meluangkan masa berharga dengan bayi dan lebih rapat dengan bayi
  • Ada special bond dengan bayi yang terjalin lebih erat dengan penyusuan lebih lama
  • Majikan dapat ‘retain’ pekerja yang lebih mahir bekerja setelah ibu kembali bekerja selepas cuti bersalin

Bayi buang air besar sekurang-kurangnya tiga kali sehari petanda si comel mendapat cukup susu.

7. Ketahui sama ada susu cukup untuk bayi

  • Bayi aktif akan menyusu sekurang-kurangnya lapan kali sehari
  • Bayi nampak selesa dan rasa kenyang serta tidur nyenyak selama beberapa jam dalam sehari
  • Bayi kencing/lampin basah sekurang-kurangnya enam kali tukaran sehari dengan air kencing yang cair dan berwarna kuning cair
  • Bayi buang air besar sekurang-kurangnya tiga kali sehari
  • Ibu berasa yakin dan selesa dengan penyusuan apabila puting serta buah dada tidak sakit
  • Buah dada berasa lebih penuh sebelum menyusukan bayi dan ia lebih ringan selepas menyusukan bayi

Jangan malu untuk mendapatkan bantuan dan sokongan.

8. Dapatkan khidmat nasihat dan sokongan

Di semua hospital dan klinik kerajaan terdapat kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Selain itu terdapat banyak juga kumpulan sokongan yang ditubuhkan oleh ibu-ibu yang banyak pengalaman di dalam komuniti melalui media sosial.

Ibu-ibu juga boleh berjumpa doktor di hospital swasta. Yang paling adalah sokongan keluarga dan rakan-rakan rapat.

Artikel ini disiarkan oleh mStar, 20 Disember 2019

Was this article helpful?

14 January 2020

•

5 minute read

6 Pekerjaan Berisiko Tinggi Hidap Sakit Sendi

Dr. Farzana Binti Mohamed Yusof

Pediatrics

Learn more about Pediatrics in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips

The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital