Skip to content

Kekal Aktif Walaupun Hamil

04 June 2020

3 minute read

Kekal Aktif Walaupun Hamil

Mengandung bukan lagi alasan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti.

Pasti ramai masih beranggapan wanita hamil tidak perlu bergerak aktif dengan alasan menjaga kandungan. Tidak dinafikan ramai akan bimbang tentang keadaan anda sekiranya melakukan senaman bila berbadan dua. Hakikatnya, senaman sangat membantu kandungan dan tubuh anda untuk gaya hidup yang lebih sihat ketika hamil. Ramai juga masih tidak tahu terdapat beberapa aktiviti yang digalakkan untuk anda lakukan ketika hamil.

Anda boleh lakukan senaman yang mudah dan ringkas malah tidak membebankan tubuh badan anda. Dengar kata tubuh, dan jika terasa letih, berehat seketika dan buat sekadar yang mampu. Jangan memaksa tubuh anda untuk melakukan aktiviti tersebut sehingga anda tercungap atau susah bernafas. Pilih senaman yang sesuai dengan kondisi tubuh badan anda.

“Secara umumnya sekiranya wanita hamil itu sihat, senaman semasa hamil adalah selamat dan tidak menambahkan risiko keguguran atau kelahiran pra-matang. Sungguhpun demikian, anda hendaklah merujuk kepada pakar sakit puan terlebih dahulu sebelum melakukan senaman yang bersesuaian” kata Dr Salmi Daraup, Pakar Obstetrik & Ginekologi daripada Hospital Columbia Asia Iskandar Puteri.

MANFAAT PADA TUBUH

Senaman yang bersesuaian semasa hamil boleh mengurangkan sakit belakang, melawaskan, mengurangkan risiko untuk menghidap kencing manis (gestational diabetes mellitus) dan pre-eclampsia, risiko berat badan yang berlebihan dan seterusnya menambah stamina. Bukan sahaja senaman dapat memudahkan proses kehamilan anda malah ia sangat membantu tubuh badan anda selepas hamil.

Idealnya, wanita hamil disarankan melakukan aktiviti senaman aerobik intensiti sederhana seperti brisk walking atau berkebun sekurangnya 150 minit seminggu. Wanita hamil dinasihatkan memulakan aktiviti senaman secara berperingkat dimulakan dengan brisk walking selama lima minit sehari dan menambahkan masa senaman anda secara berperingkat.

ELAKKAN INIKALA SEDANG HAMIL:

  • Senaman mudah cedera seperti bermain ski dan menunggang kuda.
  • Aktiviti yang perlu melompat dan berlari.
  • Aktiviti lasak seperti bermain bola tampar, bola keranjang dan bola sepak.
  • Bersenam di temp at yang panas seperti sauna dan tab panas.
  • Latihan intensiti tinggi seperti lompat bintang.
  • Senaman angkat berat seperti angkat dumbel.
  • Latihan yang melibatkan baring untuk jangka masa panjang seperti sit-up dan crunches.


Ini boleh menambahkan stamina dan melancarkan peredaran darah. Selain brisk walking, senaman yoga atau pilates yang bersesuaian dapat mengurangkan tekanan dan membaiki emosi anda. Penjagaan emosi wanita hamil memberi kesan pada tumbesaran bayi anda. Selain itu, sebahagian daripada senaman pernafasan juga boleh dipraktikkan ketika bersalin kelak. Latih did anda dengan kaedah pernafasan yang betul untuk wanita hamil sebagai persediaan awal ketika bersalin.

“Secara umumnya sekiranya wanita hamil itu sihat, senaman semasa hamil adalah selamat dan tidak menambahkan risiko keguguran atau kelahiran pra-matang.”

KETAHUI TEKNIK BERSESUAIAN

Teknik atau cara senaman anda turut dititikberatkan supaya tiada kesan sampingan terjadi pada kandungan anda. Senaman yang tidak bersesuaian boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan seperti risiko kecederaan kepada anggota badan atau kandungan. Risiko pendarahan dan kelahiran pra-matang mungkin berlaku sekiranya wanita hamil itu diagnosis sebagai placenta previa.

Sekiranya wanita hamil dikehendaki bed rest contohya seperti dalam situasi placenta previa, anda tidak digalakkan untuk bersenam. Anda turut dinasihatkan untuk menyelesaikan tempoh bed rest tersebut bagi mengelakkan risiko pendarahan atau kelahiran pramatang. Oleh itu, pakar sakit puan akan menyarankan beberapa langkah utk mengelakkan risiko deep vein thrombosis seperti pemakaian stoking DVT.

Apapun aktiviti yang mahu anda lakukan perlu dapatkan nasihat dan pandangan doktor pakar sakit puan terlebih dahulu. Anda perlu sentiasa berpada-pada dan tidak terlalu memaksa diri untuk melakukan senaman. Lakukan aktiviti sekadar yang mampu tetapi secara berterusan agar kandungan anda kekal sihat. Senaman yang dilakukan juga perlu seiring dengan penjagaan makanan anda.

Photo credit: Freepik.com

Artikel ini disiarkan oleh HerInspirasi.com, 1 Mei 2020

Was this article helpful?

04 June 2020

3 minute read

Kekal Aktif Walaupun Hamil

Dr. Siti Fareeda Binti Ahmad Nor @ Anuar

General Surgery

Learn more about General Surgery in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips

The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital