Skip to content

Nakal Bukan Ciri Khusus Anak Autisme! Ini Pandangan Pakar Pediatrik

05 July 2024

4 minute read

Nakal Bukan Ciri Khusus Anak Autisme! Ini Pandangan Pakar Pediatrik

Ramai orang mungkin berpendapat anak autism itu nakal, liar dan sukar untuk dikawal oleh ibu bapa atau penjaga. Persoalannya, adakah benar ia antara ciri ciri anak autisme? Jom baca artikel ini!

 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Apakah punca anak autisme?

Sebelum pergi lebih lanjut, penting untuk kita semua tahu apakah punca kondisi ini terjadi terlebih dahulu. Jangan hanya menyalahkan ibu bapa, terdapat banyak punca dan faktor risiko lain di sebaliknya.

Untuk pengetahuan anda semua, masalah autisme mungkin terjadi disebabkan oleh perkara-perkara di bawah:

 
  • Genetik – Selain disebabkan oleh faktor keturunan, kecelaruan genetik yang lain seperti sklerosis tuberos atau sindrom fragile-X mungkin boleh menjadi punca kondisi ini.
  • Persekitaran – Pengambilan ubatan atau jangkitan tertentu ketika hamil juga boleh menjadi punca autisme selain pendedahan terhadap pencemaran pada persekitaran individu.
  • Punca biologi yang lain – Wujud juga kondisi lebih berbahaya yang boleh menjadi faktor risiko iaitu distrofi otot, spasma infantil, palsi serebrum, sindrom Down dan lain-lain.

Punca autisme kepada kanak-kanak.

Namun, bagaimana untuk tahu jika anak anda ada kondisi ini? Caranya, lihat pada ciri ciri anak autisme!

Apakah ciri ciri anak autisme?

Menurut Pakar Perunding Pediatrik Hospital Columbia Asia Petaling Jaya, Dr Sam Zhi Heng, terdapat pelbagai ciri ciri anak autisme namun sifat nakal atau liar itu bukanlah salah satu daripadanya kerana ia adalah perkara biasa bagi setiap kanak-kanak.

Sebaliknya, anda mungkin perlu memberikan lebih perhatian kepada anak anda jika mereka ada ciri-ciri berikut:

  • Tidak berminat untuk bersosial
  • Gemar beraktiviti secara bersendiri
  • Pertuturan yang bermasalah
  • Perbuatan yang berulang
  • Ketiadaan eye-contact dengan orang lain

Menurut Dr Sam lagi, kebanyakan daripada simptom-simptom ini boleh dilihat dari peringkat awal lagi. Majoriti ciri tersebut akan muncul di sekitar usia mereka 12 ke 18 bulan, bergantung kepada kanak-kanak.

 

Pun begitu, kesemua simptom ini hanya satu tanda kemungkinan jika anak anda mengalami kondisi autisme. Untuk mengetahui keadaan itu dengan lebih tepat lagi, segera berjumpa dan berbincang dengan doktor.

Ciri autisme bagi kanak-kanak.

Bagaimana membantu kanak-kanak ini untuk membesar?

Dalam usaha untuk membantu mereka membesar dengan baik, ibu bapa perlu memastikan mereka dapat bergaul dan berkomunikasi bersama kanak-kanak lain agar kanak-kanak autisme tidak berasa kekok.

“Ibu bapa perlu menjadi contoh atau tauladan yang bagus. Misalnya, jangan hanya membawa anak ke taman permainan, sebaliknya cuba untuk melibatkan dan menonjolkan diri anda yang sedang seronok bermain kepada mereka,” kata Dr Sam.

Selain itu, ibu bapa juga boleh bercerita terlebih dahulu tentang keseronokan bermain di taman permainan bersama rakan sebaya yang lain. Ini penting untuk memberi gambaran awal dan membuat mereka lebih berminat untuk beraktiviti.

Mereka mungkin sedikit berbeza berbanding kanak-kanak yang lain. Sebagai penjaga, andalah yang perlu memainkan peranan penting untuk membesarkan mereka dengan sebaiknya.

Bagaimana nak kenal autisme semasa bayi?

Teknologi boleh menyumbang perkembangan anak autism?

Terdapat banyak cara atau usaha bagi memastikan anak autism ini tidak ketinggalan atau keseorangan ketika proses membesar.

Antara yang paling mengelirukan, adakah ibu bapa boleh menggunakan teknologi untuk membantu perkembangan kanak-kanak autisme?

Memandangkan penggunaan peranti canggih seperti telefon pintar sangat umum dan penting bagi kanak-kanak masa kini, justeru ramai orang menyangka bahawa anak istimewa ini turut memerlukan teknologi.

Ya, cara itu benar dan tepat. Ketahuilah bahawa kanak-kanak dengan ciri ciri anak autisme juga boleh menggunakan teknologi sebagai medium pembelajaran asalkan ibu bapa tahu untuk memanfaatkannya dengan cara yang betul.

“Anak dengan kondisi autisme lebih banyak belajar daripada vision atau deria penglihatan. Melalui gambar, kartun atau aplikasi yang tepat, maka mereka akan lebih terbuka untuk bermain, bercakap dan beraktiviti asalkan ibu bapa hadkan penggunaan screen time yang terkawal.” – Dr Sam

Terakhir, ibu bapa juga perlu lebih mengenali mengenai minat anak autism masing-masing. Dengannya, mereka akan lebih mudah untuk berkomunikasi, berkembang dan bersifat daya saing untuk masa depan yang lebih cerah!

Artikel ini disiarkan oleh Hello Doctor, 05 July 2024.

Was this article helpful?

05 July 2024

4 minute read

Nakal Bukan Ciri Khusus Anak Autisme! Ini Pandangan Pakar Pediatrik

Dr. Sam Zhi Heng

Pediatrics

Learn more about Pediatrics in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips

The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital