Skip to content

HFDM Penyakit Berulang

01 July 2022

•

3 minute read

HFDM Penyakit Berulang

KES demi kes dilaporkan bayi dan kanak-kanak menjadi sasaran wabak Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang kembali mengancam kesihatan golongan itu selepas hampir dua tahun penyakit itu seolah-olah ‘bebas’ daripada penularan sepanjang pandemik.

Kesan jangka panjang HFDM ialah pesakit boleh mendapat komplikasi perkembangan lambat atau sawan serta keadaan yang semakin merosot.

Mengulas lanjut, Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik Columbia Asia Hospital – Setapak, Dr Jasvinder Kaur menjelaskan lazimnya pesakit HFMD majoritinya kanak-kanak hanya mendapat gejala ringan.

Antara gejala itu termasuk demam, sakit tekak, ulser dalam mulut dan tekak serta ruam dan lepuh di kaki, tangan serta mulut.

Lebih parah, Dr Jasvinder memaklumkan komplikasi ensefalitis akan menyebabkan tahap kesedaran pesakit berkurangan dan boleh mengalami sawan.

“Bagi pesakit yang mengalami miokarditis, rentak jantung mereka akan menjadi tidak stabil, sama ada terlalu rendah atau tinggi, yang menjejaskan fungsi jantung serta menyebabkan komplikasi lain seperti air di keliling jantung atau jangkitan kuman dalam jantung.

“Pesakit memerlukan rawatan intensif dan pada kebanyakan masa, mereka memerlukan ubat-ubatan untuk menaikkan tekanan darah supaya tekanan itu lebih stabil dan mengawal keradangan selaput jantung,” katanya.

Golongan berisiko tinggi

Dr Jasvinder menjelaskan risiko lain adalah dehidrasi yang kerap berlaku apabila kanak-kanak dijangkiti HFMD tidak boleh makan atau minum kerana terdapat berpuluh ulser di dalam mulut, sekali gus perlu dimasukkan ke wad untuk dimasukkan air ke dalam badan.

Pesakit HFMD tertentu, khususnya kanak-kanak yang memiliki komorbiditi atau terdiri daripada golongan berisiko tinggi, terdedah pada komplikasi yang lebih serius.

“Kadang-kala, virus yang menyebabkan jangkitan HFMD boleh menyerang otak kanak-kanak dan menyebabkan ensefalitis, iaitu radang otak.

“Virus HFMD ini juga berisiko menyebabkan miokarditis pada pesakit, iaitu radang otot jantung.

“Sekiranya komplikasi ini berlaku pada pesakit yang kebanyakannya kanak-kanak, ia akan memudaratkan keadaan mereka. Namun, kedua-dua komplikasi ini jarang berlaku,” katanya.

Penyakit boleh berulang

Beliau berkata, wabak ini boleh berlaku disebabkan beberapa jenis virus, namun lazimnya jangkitan di Malaysia disebabkan oleh dua virus utama iaitu Coxsackie A16 (CA16), Coksackie A6 (CA6) dan Enterovirus 71 (EV71).

EV71 disahkan sebagai punca 29 kes kematian pesakit HFMD di Sarawak pada 1997.

Sehubungan itu, beliau menggesa ibu bapa lebih peka dengan risiko jangkitan HFMD memandangkan virus itu boleh menjangkiti pesakit berulang kali, khususnya dalam kalangan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.

Tegasnya, ibu bapa perlu patuh dengan arahan kuarantin sekiranya anak mereka disahkan menghidap HFMD, dengan tempoh kuarantin kebiasaan yang diberikan adalah selama tujuh hari.

“Lebih penting, walaupun tempoh kuarantin selama tujuh hari sudah berakhir, virus yang menyebabkan HFMD masih boleh berjangkit untuk beberapa minggu hingga sebulan, walaupun ia bertukar lemah.

“Ini bermakna kanak-kanak yang dijangkiti HFMD selepas tujuh hari masih berisiko menyebarkannya kepada kanak-kanak lain dan ini antara punca banyak kes HFMD direkodkan setiap hari di hospital ketika ini,” katanya.

Jaga kebersihan persekitaran

Dr Jasvinder menggesa ibu bapa sentiasa menjaga kebersihan dengan kerap mencuci tangan dan menukar baju sebaik pulang dari tempat kerja, memandangkan orang dewasa berisiko menjadi pembawa virus itu dan menyebarkannya anak-anak.

“KKM boleh memperbaiki prosedur operasi standard (SOP) jangkitan HFMD dengan segera mengarahkan penutupan operasi Taska dan Tadika jika terdapat satu kes HFMD yang disahkan, selain premis dibersihkan dengan teliti dan kerap,” katanya.

Artikel ini disiarkan oleh Berita Harian Online, 13 Jun 2022.

Was this article helpful?

01 July 2022

•

3 minute read

HFDM Penyakit Berulang

Dr. Jasvinder Kaur Nagindar Singh

Pediatrics

Learn more about Pediatrics in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips

The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital