Skip to content

10 Khasiat Luar Biasa Minyak Zaitun, Termasuk Turunkan Berat Badan

11 November 2020

•

4 minute read

10 Khasiat Luar Biasa Minyak Zaitun, Termasuk Turunkan Berat Badan

MINYAK zaitun adalah lemak yang diperoleh hasil daripada perahan buah zaitun (olea europaea) yang banyak terdapat di rantau Mediterranean seperti di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Jom baca selanjutnya dan sama-sama ambil tahu tentang penyakit autoimun ini.

Disebabkan mengandungi khasiat yang tinggi, minyak zaitun telah digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan, perubatan termasuk kulinari.

Pakar Pemakanan, Hospital Columbia Asia, Iskandar Puteri Johor, Yap Pau Lin berkata, minyak zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu (MUFA) yang menyihatkan, di samping lemak tepu dan juga lemak poli tidak tepu (PUFA) termasuk omega 3 dan omega 6.

Ia juga terkandung bahan antioksida seperti hydroxytyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin selain vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.

Justeru, kata Pau Lin, orang ramai perlu belajar mengenali sama ada minyak zaitun yang dibeli adalah asli atau berbentuk tiruan.

Jika memilih minyak zaitun yang diimport dari luar negara, pastikan dahulu ketulenan logo pengesahan produk tersebut. Antaranya tercatat:

  • International Olive Council (IOC)
  • California Olive Oil Council (COOC)
  • Certified Australian Extra Virgin Olive Oil
  • Australia Olive Oil Association (AOOA)
  • Protected Destination of Origin-Europe

Ujar pakar itu lagi, harga yang mahal tidak semestinya memberi jaminan bahawa minyak zaitun itu berkualiti tinggi.

Katanya, umum perlu memahami bahawa harga sesuatu jenama itu kadang-kadang terlalu tinggi disebabkan pihak pengeluar mengambil kira cara pemprosesan minyak zaitun, kaedah ekstrak dan kos pengimportan.

Kata Pau Lin, secara keseluruhannya, minyak zaitun dibahagikan kepada lima jenis iaitu extra virgin, virgin olive, pure olive, extra light/light dan pomace (gred paling rendah).

“Daripada semua itu, extra virgin merupakan gred minyak zaitun yang paling tinggi dan mahal. Ia mengandungi kandungan antioksidan yang paling tinggi untuk melindungi sel-sel badan daripada dirosakkan. Namun, ia tidak sesuai untuk dimasak pada suhu lebih daripada 160 darjah selsius,“ ujarnya.

Pun demikian, Pau Lin memberitahu, pengambilan minyak zaitun asli yang telah diproses pada suhu tinggi atau terkandung bahan kimia tidak dicadangkan walaupun dijual pada harga yang melambung. Seperkara lagi, jangan keterlaluan menggunakan minyak zaitun kerana ia tetap mengandungi lemak.

MINYAK zaitun adalah lemak yang diperoleh hasil daripada perahan buah zaitun.

Menurut laman SehatQ, minyak zaitun sarat dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Antaranya 10 manfaat paling signifikan adalah: 

Melindungi organ jantung

Diet Mediterranean lazimnya mencampurkan minyak zaitun dalam setiap hidangan bagi mengurangkan risiko penyakit jantung.

Minyak zaitun bertindak melindungi organ jantung dengan menurunkan tekanan darah, mencegah penggumpalan darah, melindungi dinding pembuluh darah, menurunkan radang dan menjaga kadar kolesterol dalam tubuh badan manusia.

Mengatasi penyakit Alzheimer dan diabetes

Minyak zaitun mampu menghilangkan plak beta-amyloid yang dipercayai boleh memicu penyakit Alzheimer. Praktis dalam Diet Mediterranean juga dikatakan boleh mencegah diabetes tahap dua. Namun, kedua-duanya masih belum dibuktikan secara saintifik.

Mencegah strok

Berdasarkan penyelidikan, menikmati minyak zaitun dengan kerap dapat merendahkan risiko strok. Sekali lagi, ia masih memerlukan kajian lebih terperinci.

Menurunkan berat badan

Minyak zaitun merupakan salah satu daftar makanan sihat yang boleh dikonsumsi untuk menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan.

Memiliki kadar antiradang yang tinggi

Kandungan (antiradang) dalam minyak zaitun dikatakan menyamai ubat antiradang ibuprofren. Sumber semula jadi minyak itu dipercayai boleh meringankan radang sendi (rheumatoid arthritis).

Mencegah pankreatitis akut (keradangan pankreas)

Keradangan pankreas atau pankreatitis akut mudah meragut nyawa manusia dengan mudah. Kandungan asam oleat dan hydroxytyrosol dalam minyak zaitun mampu menghindarkan sesiapa daripada penyakit itu.

Mengurangi risiko depresi (stres)

Dibandingkan dengan individu yang menggunakan lemak trans, mereka yang mengambil minyak zaitun akan mengalami masalah depresi yang lebih rendah iaitu sebanyak 48 peratus.

Bersifat antibakteria

Minyak zaitun boleh membunuh bakteria H.pylori. Mereka yang menikmati 30 gram minyak zaitun extra virgin setiap hari, dapat merawat 10 hingga 40 peratus jangkitan H.pylori selama kira-kira dua minggu.

Tinggi antioksidan

Minyak zaitun yang terkandung vitamin K dan E bantu cegah seseorang menghidap penyakit kronik kerana mempunyai antioksidan yang tinggi.

Mencegah penyakit radang usus besar (ulcerative colitis)

Kita boleh mencegah radang pada usus besar jika makan dua hingga tiga sudu minyak zaitun setiap hari.

Berdasarkan perspektif Islam, minyak zaitun daripada buah zaitun memang terbukti hebat. Dalam al-Quran, buah itu disebut sebanyak tujuh kali bersama dengan buah lain iaitu kurma, delima, anggur dan buah tin. Kesemuanya memiliki ‘kuasa‘ hebat untuk kesihatan.

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.“ (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Ibnu Majah).

Artikel ini disiarkan oleh SinarPlus, 1 November 2020.

Was this article helpful?

11 November 2020

•

4 minute read

10 Khasiat Luar Biasa Minyak Zaitun, Termasuk Turunkan Berat Badan

Dr. Yap Ka Boi

Anesthesiology

Learn more about Anesthesiology in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips

The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital