Skip to content

3 Resipi Sahur Mudah, Sedap Dan Sihat

20 March 2024

•

2 minute read

3 Resipi Sahur Mudah, Sedap Dan Sihat

Setelah seminggu berpuasa, pasti sudah banyak menu sahur yang telah disediakan untuk diri sendiri mahupun untuk seisi keluarga.

Syabas kepada semua, terutamanya golongan ibu yang tidak pernah gagal memasak di dapur pada Ramadan kali ini.

Minggu ini, apa pula seleksi menu yang ingin anda sediakan untuk sahur? Maklumlah, memikirkan hidangan sahur boleh dianggap mencabar, lebih-lebih lagi jika tidak mahukan mahukan resipi yang tidak hanya mudah disediakan, tetapi juga menyihatkan dan mampu menambat selera di awal-awal pagi. 

Jadi, untuk membantu anda mendapat idea, di sini Getaran persembahkan tiga resepi ringkas yang menepati kriteria di atas.

Ketiga-tiga resipi ini disediakan oleh Cef Mohd Zulhilmi Abdullah, Café Columbia, Columbia Asia Hospital – Tebrau.

Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

  • 1 bahagian dada ayam, dipotong dadu  
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak
  • ½ biji bawang besar Holland, dihiris 
  • 2 biji bawang putih, dihiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • ½ cawan air
  • 2 batang kacang panjang, potong memanjang
  • 10 keping lobak merah yang dihiris bulat
  • 8 ketul kubis bunga, potong dadu
  • Secubit daun ketumbar

Cara memasak:

  1. Perap ayam bersama satu sudu serbuk kunyit dan secubit garam.
  2. Panaskan kuali dengan minyak masak, gorengkan ayam sehingga sedikit garing, kemudian asingkan ayam tersebut.
  3. Di dalam kuali yang sama, tumis bawang Holland dan bawang putih dan kacau sehingga naik bau, kemudian masukkan satu sudu serbuk kunyit dan dua sudu sos tiram. Kacau kira-kira 20 saat, kemudian tambah sedikit air.
  4. Seterusnya, masukkan kacang panjang, lobak merah dan kubis bunga serta kacau hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk lada putih secukup rasa dan kacau hingga sebati.
  5. Masukkan ayam yang telah dimasak tadi, gaulkan kesemuanya hingga sebati. Hiaskan dengan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.

Nasi Goreng Telur

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 biji bawang putih hiris
  • 2 biji telur ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 mangkuk nasi putih
  • Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
  • Daun bawang untuk hiasan

Cara memasak:

  1. Panaskan kuali dengan minyak masak dan masukkan bawang putih dan telur. Kacau telur sehingga ia hancur. Masukkan sos tiram dan minyak bijan dan kacau seketika.
  2. Masukkan nasi putih. Kemudian, gaul hingga sebati. Tambahkan sedikit garam dan serbuk lada putih secukup rasa. Kacau hingga sebati.
  3. Goreng 1 biji telur di dalam kuali asing dan taburkan daun bawang ke atas nasi goreng sebagai hiasan. Sedia untuk dihidang.

Telur Mata Paprik

Bahan-bahan:

  • 3 sudu minyak masak
  • 1 biji telur ayam
  • ½ biji bawang besar Holland, hiris
  • 2 biji bawang putih, hiris
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ sudu besar sos ikan
  • ½ cawan air
  • 1 batang serai yang diketuk
  • 5 keping daun limau
  • Secubit atau dua cubit daun ketumbar yang dihiris kecil
  • 8 keping lobak merah yang dihiris bulat 
  • 8 ketul kubis bunga, potong dadu
  • 2 sudu besar capsicum merah yang dipotong dadu
  • 2 biji cili padi merah yang diketuk
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng 1 biji telur dan asingkan telur tersebut. Di dalam kuali yang sama, tumis bawang Holland dan bawang putih. Kacau sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau kira-kira 20 saat, seterusnya, tambah sedikit air.
  3. Masukkan serai, daun limau, daun ketumbar, lobak merah, kubis bunga, capsicum merah dan cili padi. Gaul kesemua bahan hingga sebati.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau hingga sebati. Tuangkan sos paprik yang telah siap dimasak ke atas telur goreng tadi. Hiaskan hidangan dengan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.

Artikel ini disiarkan oleh Getaran, 20 Mac 2024.

Was this article helpful?

20 March 2024

•

2 minute read

3 Resipi Sahur Mudah, Sedap Dan Sihat

Chef Mohd Zulhilmi Abdullah

Café Columbia

Learn more about Café Columbia in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips

The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital