14 January 2020
•4 minute read
Awas Penyakit Jantung Koronari Membunuh Secara Senyap... Ketahui Tanda-Tanda Dan Cara Mencegahnya
PENYAKIT jantung dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’ tidak mengira latar belakang mangsanya.
Seperti semua sedia maklum, jantung adalah organ penting untuk badan yang mana ia berfungsi untuk mengepam darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada semua organ dan anggota badan.
Menurut Pakar Perunding Kardiologi & Perubatan Dalaman, Penyakit Jantung Koronari Columbia Asia Hospital – Tebrau, Dr Benjamin Leo, penyakit jantung koronari berlaku akibat gangguan bekalan oksigen pada otot jantung.
Jelasnya, hal ini selalunya disebabkan kerosakan pada dinding saluran darah atau pengumpulan kolesterol pada dindingnya yang menyebabkan saluran darah menjadi sempit atau tersumbat.
“Apabila bekalan oksigen kepada otot jantung terjejas, ia akan kurang berfungsi dan menimbulkan perasaan atau simptom sakit jantung (angina).
“Jika tidak segera dirawat dan dibiarkan berterusan, otot jantung akan rosak dan mengakibatkan serangan jantung,” kongsinya kepada mStar.
Tambah Dr Benjamin, penyakit jantung merupakan punca kematian paling tinggi di Malaysia iaitu sebanyak 13.9 peratus pada 2017.
“Kadar kematian ini meningkat 54 peratus berbanding 2007.
“Setiap hari di Malaysia, 37 pesakit meninggal dunia akibat penyakit jantung,” ujarnya.
Simpton Atau Tanda-Tanda Sakit/Serangan Jantung.
- Sakit dada yang mengencang atau menekan.
- Sakit dada yang bertambah teruk ketika bekerja atau melakukan aktiviti.
- Sakit dada yang berkurangan dan hilang ketika rehat. Sakit yang merebak ke bahagian rahang, leher atau lengan (selalunya lengan kiri).
- Sakit ini boleh timbul di dalam beberapa minit sahaja.
- Sakit ini boleh disertai dengan kesesakan nafas, rasa loya, berpeluh dingin atau pengsan.
- Pesakit yang lebih berumur, yang mengidap penyakit kencing manis (diabetis) atau wanita kadang kadang tidak mengalami simptom kesakitan tetapi mengalami sesak nafas, mual, pengsan dan keletihan yang melebih.
Faktor-Faktor Risiko Penyakit Jantung Koronari
Faktor-faktor risiko penyakit jantung koronari boleh dibahagikan kepada dua:
(i) Faktor-faktor yang boleh diubah seperti:
- Merokok
- Obesiti
- Kurang bersenam
- Tekanan darah tinggi (hipertensi)
- Kadar kolesterol dan lemak yang tinggi (hiperlipidaemia) Kencing manis
(ii) Faktor-faktor yang tidak boleh diubah seperti:
- Umur (risiko sakit jantung meningkat dengan umur)
- Sejarah sakit jantung dalam keluarga terdekat
- Jantina (risiko serangan jantung lebih pada jantina lelaki)
Langkah-Langkah Pencegahan Penyakit Jantung
Jangan Merokok
- Asap rokok mengandungi lebih 4000 jenis bahan kimia beracun antaranya nikotin, karbon monoksida dan tar.
- Nikotin boleh merosakkan saluran darah dan mengganggu pengaliran darah.
- Nikotin juga akan mengecutkan saluran darah serta mengurangan bekalan oksigen ke jantung dan seluruh badan.
- Nikotin meningkatkan kadar denyutan jantung.
- Karbon monoksida akan mengurangkan bekalan ke jantung dan seluruh badan.
Sajian dan diet
- Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang.
- Makan lebih sayur sayuran dan buah buahan.
- Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
- Pilih makanan yang sederhana kandungan gula dan garam.
Bersenam
- Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
- Lakukan aktiviti fisikal seperti berjalan, berjoging, berenang, berbasikal, senamrobik dan bersukan.
- Kawal berat badan untuk mencapai Indeks Jisim Badan yang betul.
Rawatan
- Dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
- Disyorkan untuk dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berjadual sekiranya anda berumur 35 tahun ke atas.
- Bagi mereka yang berumur di bawah 35 tahun tetapi berisiko tinggi, adalah dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan saringan kesihatan.
- Dapatkan pemeriksaan saringan untuk indeks jisim badan (Body Mass Index), glukos dan kolesterol darah, tekanan darah dan komposisi lemak badan.
Share:
Was this article helpful?
14 January 2020
•4 minute read
Awas Penyakit Jantung Koronari Membunuh Secara Senyap... Ketahui Tanda-Tanda Dan Cara Mencegahnya
Articles and Video
Learn more about Anesthesiology in Columbia Asia
Learn MoreShare:
Was this article helpful?
Health Packages
Elevate your health with tailored health packages at Columbia Asia Hospital. Take charge of your health journey today.