Skip to content

Bahu Tersangkut Masa Bersalin Boleh Buat Bayi Cedera & Otak Kurang Oksigen

05 March 2019

•

2 minute read

Bahu Tersangkut Masa Bersalin Boleh Buat Bayi Cedera & Otak Kurang Oksigen

Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran (shoulder dystocia) adalah antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika proses kelahiran. Bayi patah tulang bahu, cedera saraf dan kurang oksigen antara risikonya.

Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Bukit Rimau, bahu bayi tersangkut ketika kelahiran ia adalah keadaan di mana kepala bayi yang telah lahir tetapi bahunya tersangkut pada tulang pubis ibu.

Sekiranya berlaku, doktor perlu melakukan langkah kecemasan tambahan (additional manouvres) untuk membantu melepaskan bahu bayi yang tersangkut pada tulang pubis tersebut.

RISIKO BAHU TERSANGKUT KEPADA BAYI

Kebanyakan masa bahu bayi boleh dilepaskan tanpa sebarang masalah tetapi dalam beberapa kes bahu tersangkut ini kadangkala boleh menyebabkan masalah kepada bayi seperti;

  1. Patah tulang bahu.
  2. Kecederaan pada saraf.
  3. Kekurangan oksigen (birth asphyxia).

Masalah ini boleh berlaku dalam 1 dalam 150 kelahiran (0.7%) dan lebih kerap berlaku pada ibu-ibu yang menghidap penyakit kencing manis semasa mengandung. Hakikatnya ia sangat sukar diramal.

7 KEADAAN MENINGKATKAN TERJADINYA BAHU BAYI TERSANGKUT SEMASA PROSES KELAHIRAN

Oleh sebab ia sukar diramal ketika hamil, ibu-ibu yang perlu memahami siapa yang berisiko tinggi untuk mengalami bahu bayi tersendat ketika kelahiran. Dengan ini perlu mengambil langkah awal serta persediaan mental dan fizikal.

  • Sejarah bahu bayi tersendat ketika kelahiran sebelumnya.
  • Ibu yang menghidap kencing manis.
  • Bayi yang besar dan ibu menghidap kencing manis.
  • Indeks jisim tubuh (BMI) ibu lebih dari 30.
  • Kelahiran secara paksa (indius).
  • Proses bersalin yang sangat lama.
  • Kelahiran menggunakan ventouse atau forseps.

DALAM KECEMASAN, LANGKAH-LANGKAH INI AKAN DILAKUKAN

Bagi kes kecemasan di mana ia terjadi tanpa jangkaan atau dikenali sebagai obstetric emergency, pakar sakit puan dan bidan yang bertugas akan memberikan rawatan segera. Sekiranya berlaku bahu bayi tersendat semasa proses kelahiran, red alert akan dimulakan untuk mendapat bantuan dari pasukan perubatan.

Ibu akan diminta berhenti meneran untuk mengelakkan kecederaan lebih teruk pada bayi.

#1. Doktor akan menyuruh ibu membengkokkan paha dan lutut ke arah perut ibu bagi menambah ruang vagina supaya bahu bayi boleh dilepaskan dari tulang pubis ibu. Ini dipanggil Mc Roberts manouvre.
#2. Sekiranya manouvre pertama gagal, langkah seterusnya ialah doktor pakar akan menekan pada bahagian abdomen ibu iaitu pada atas tulang pubis bertujuan untuk menolak dan melepaskan bahu bayi yang tersangkut.
#3. Andai manouvre kedua gagal, doktor akan memasukkan tangan dalam vagina dan cuba menolak bahu bayi dan cuba melepaskan bahu bayi yang tersangkut. Guntingan episiotomi akan dilakukan sekiranya belum dibuat untuk memudahkan manouvre tersebut diatas.
#4. Akhir sekali sekiranya semua gagal ibu mungkin akan disuruh menelangkupkan badan (on all four hands and legs) kerana ini juga boleh membantu melepaskan bahu bayi.

IBU KENCING MANIS PASTIKAN GULA TERKAWAL

Masalah bahu bayi tersangkut ini sukar dielakkan kerana sukar diramal. Cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkannya ialah dengan adalah ambil langkah berjaga-jaga jika ibu mempunyai risiko terutamanya ibu yang menghidap kencing manis. Bersalin secara induksi boleh mengelakkan masalah ini.

Elakkan sama sekali kehamilan yang terlebih tempoh bagi ibu yang mempunyai kencing manis. Doktor selalunya akan mencadangkan bersalin melalui pembedahan caesarean jika berat bayi melebihi berat normal iaitu 4kg. Walau bagaimana pun risiko bahu tersangkut masih boleh berlaku pada bayi yang mempunyai berat kurang dari 4kg lebih-lebih lagi jika ibu menghidap diabetes.

Artikel ini disiarkan oleh Majalah Pa&Ma, 5 March 2019

Was this article helpful?

05 March 2019

•

2 minute read

Bahu Tersangkut Masa Bersalin Boleh Buat Bayi Cedera & Otak Kurang Oksigen

Dr. Sharina Binti Mohd Razali

Obstetrics And Gynecology

Learn more about Obstetrics And Gynecology in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips

The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital