Skip to content

Haid Pada Usia Muda & Tua – Apa Anda Perlu Tahu?

18 February 2020

3 minute read

Haid Pada Usia Muda & Tua – Apa Anda Perlu Tahu?

Kitaran haid merujuk kepada kitaran tetap yang dialami wanita dalam tempoh usia matang tertentu. Dalam proses ini, wanita mengalami perubahan ritma pada rembesan hormon yang diperlukan untuk kesuburan atau pembiakan. Ia berlaku bermula tempoh akli baligh hinggalah wanita itu mencapai tempoh putus haid iaitu menopause.

Kebiasaannya kitaran haid pertama akan bermula ketika usia 12 ke 13 tahun. Namun terdapat juga wanita yang mengalami permulaan haid pada usia semuda 10 tahun dan paling lewat kira-kira 16 tahun. Sementara itu, kebanyakan wanita akan mengalami tempoh putus haid pada usia antara 45 hingga 55 tahun.

Purata tempoh kitaran haid bagi wanita biasa adalah 28 hari, di mana hari pertama haid dikira sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Julat kitaran haid yang banyak dialami wanita adalah antara 20 ke 45 hari dan ia bergantung kepada usia seseorang, begitu juga dengan tempoh aliran keluar haid yang kebiasaannya adalah selama enam hari.

Namun apakah yang membezakan kedatangan haid pada usia muda iaitu 20-an, berbanding ketika usia yang lebih lanjut sekitar 40-an hingga 50-an? Apabila anda semakin berusia, kitaran haid anda akan terus disesuaikan dengan perubahan hormon yang berkait dengan usia serta pengalaman seperti kehamilan. Dr Haw Wan Lye, Obstetrician & Gynecologist dari Hospital Columbia Asia Cheras berkongsi apa yang perlu anda tahu berkenaan proses kedatangan haid pada usia muda hingga ke peringkat yang lebih berusia.

Kitaran Haid Pada Usia 20-an

Pada usia muda sebegini, kitaran haid anda boleh dibahagikan kepada tiga jenis kategori:

  1. Haid biasa
    Tanpa kitaran ovulasi yang tetap, seseorang bakal mengalami haid yang tidak menentu. Sukar untuk menjangka tempoh datang haid pada setiap bulan. Sementara itu, bagi wanita yang mengalami kitaran ovulasi yang normal, gejala seperti kekejangan abdomen, payudara lembut dan sindrom prahaid mungkin muncul. Namun gejala ini tidak semestinya sama bagi setiap wanita.
  2. Kawalan kelahiran
    Sekiranya seseorang wanita ada mengambil hormon pencegah kehamilan, ia akan memberi kesan pada kitaran haid setiap bulan. Sesetengah wanita akan mengalami pendarahan haid yang kurang tetapi tetap, kekejangan kurang berlaku dan masih juga mengalami sedikit tanda sindrom prahaid.
  3. Kehamilan
    Semasa hamil, sememangnya wanita tidak akan mengalami sebarang haid hingga enam minggu selepas melahirkan. Sekiranya diteruskan dengan penyusuan bayi setelah bersalin, haid tidak akan kembali seperti biasa hingga lah proses menyusukan itu berkurang atau terus berhenti. Maka, kitaran haid akan kembali berjalan seperti biasa.

Terdapat kes di mana wanita muda berusia 20-an mengalami amenorrhea iaitu tiada berlakunya pendarahan. Bergantung pada punca, seseorang wanita itu mungkin mengalami tanda atau gejala lain bersama dengan ketiadaan haid, seperti sakit kepala, penglihatan kabur, sakit pelvis, keguguran rambut dan keluarnya cecair pada puting payudara. Jangan ambil mudah dengan amenorrhea kerana ia boleh mendatangkan komplikasi lain seperti kemandulan dan osteoporosis. Penyebab paling biasa untuk amenorrhea adalah kehamilan, tetapi terdapat juga sebab lain yang memerlukan lebih perhatian, antaranya:

  1. Organ pembiakan – Menopause pramatang, uterine scarring dan organ pembiakan yang tidak normal.
  2. Kelenjar endokrin – Tiroid, Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) yang memberi kesan pada paras hormon dan tumor pituitari.
  3. Faktor gaya hidup – Kurang berat badan, melakukan senaman yang berlebihan dan tekanan.

Kitaran Haid Pada Usia 40-an & 50-an

Apabila seseorang wanita mencecah usia 40 tahun dan ke atas, maka akan bermulalah turun naik paras hormon perimenopausal. Hal ini bakal menyebabkan berlakunya proses ovulasi yang tidak teratur, paras estrogen tidak stabil yang mengakibatkan ada masanya tidak mengalami haid, aliran darah yang banyak serta terdapatnya pendarahan berlaku di antara tempoh normal haid. Hakikatnya, perlu diingatkan bahawa walaupun corak ovulasi adalah tidak menentu pada usia lanjut, proses untuk hamil tetap boleh berlaku.

Tempoh putus haid bagi kebanyakan wanita adalah kira-kira pada usia 51 tahun. Terdapat tiga fasa yang akan dialami, di mana yang pertama dinamakan perimenopause, diikuti dengan menopause dan seterusnya post menopause. Berikut adalah beberapa tanda menopause yang biasa berlaku dan perlu diawasi:

  • Vagina kering
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Perubahan mood
  • Kenaikan berat badan
  • Kulit menjadi kering
  • Terasa panas dalam badan secara tiba-tiba

Antara persediaan yang boleh dilakukan bagi menempuh tempoh menopause ini adalah dengan mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Ambil makanan dengan kandungan kalsium dan vitamin yang tinggi. Selain itu, wanita yang menghampiri menopause juga disarankan untuk sentiasa bersenam dan melakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh terutamanya payudara dan kolon bagi mengesan jika wujudnya sel kanser, pemeriksaan tulang bagi mencegah osteoporosis serta pemeriksaan tahap kesihatan jantung.

Artikel ini disiarkan oleh, HerInspirasi.com, 4 Februari 2020.

Was this article helpful?

18 February 2020

3 minute read

Haid Pada Usia Muda & Tua – Apa Anda Perlu Tahu?

Dr. Tee Shwu Hoon

Dermatology

Learn more about Dermatology in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips

The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital