Skip to content

Ibu Hamil Kerap Keguguran? Fahami 11 Punca Ini

14 December 2018

2 minute read

Ibu Hamil Kerap Keguguran? Fahami 11 Punca Ini

Keguguran kerap berlaku pada kehamilan yang berusia kurang dari 24 minggu kehamilan. Ia terbahagi kepada dua keadaan iaitu early miscarriage dan second trimester miscarriage. Ketahui 11 puncanya, termasuk bakteria yang dinamakan Group B Streptococcus (GBS).

Ada yang mengaitkan keguguran dengan keputihan yang dialami ibu sebelum dan semasa mengandung. Sesetengah ibu didapati ada jangkitan kuman pada faraj (Group B Streptococcus) yang menjadi punca keguguran.

APAKAH GROUP B STREPTOCOCCUS (GBS)?

Group B Streptococcus (GBS) merupakan bakteria yang didapati hidup secara “aman” di dalam beberapa bahagian tubuh wanita iaitu faraj, usus, dubur dan pundi kencing. Kehadiran GBS tidak membahayakan kebanyakan manusia. Ia hanya menjadi kuman berbahaya kepada bayi ketika dilahirkan melalui faraj.

Menurut Dr Norintan Zainal Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, organisma yang dikenali sebagai Group B Streptococcus (GBS) merupakan bakteria yang didapati hidup secara “aman” di dalam beberapa bahagian tubuh wanita iaitu faraj, usus, dubur dan pundi kencing.

Kehadiran GBS tidak membahayakan kebanyakan manusia. Ia hanya menjadi kuman berbahaya kepada bayi ketika dilahirkan melalui faraj.

JANGKITAN GBS BUKAN PENYAKIT KELAMIN

GBS bukanlah penyakit akibat hubungan kelamin. Penggunaan antibiotik sebelum kelahiran bayi terbukti boleh menurunkan risiko bayi daripada jangkitan GBS tadi. Ada kajian menunjukkan GBS mungkin menyebabkan keguguran TETAPI banyak sebab lain yang boleh menyebabkan masalah ini.

Bagi ibu yang keguguran akibat jangkitan GBS, lakukan ujian HVS dan ambil rawatan antibiotik jika GBS masih didapati wujud.

6 PUNCA EARLY MISCARRIAGE

Selain jangkitan kuman, ada lagi beberapa sebab lain yang boleh mengakibatkan keguguran. Early miscarriage ialah keguguran yang berlaku sebelum atau pada 13 minggu kehamilan. Sebab-sebabnya termasuklah:

  1. Masalah genetik /kromosom dalam fetus/bayi,
  2. Jangkitan kuman
  3. Pendedahan kepada asap rokok
  4. Pengambilan arak
  5. Penyakit ibu (tiroid, lupus dan kencing manis)
  6. Sebab-sebab lain yang tidak dapat ditemui.

4 PUNCA SECOND TRIMESTER MISCARRIAGE

Trimester kedua ialah usia kehamilan antara 13 hingga 27 minggu. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan second trimester miscarriage pula termasuklah;

  • Masalah pangkal rahim yang lemah (cervical incompetence)
  • Rahim tidak normal seperti bicornuate uterus
  • Masalah kesihatan ibu (Antiphospholipid Syndrome)
  • Ibu mengalami sakit/turun darah/turun air secara mengejut

Dr Norintan menyarankan ibu-ibu yang mengalami keguguran untuk menjalani pemeriksaan doktor untuk mencari punca keguguran (jika mahu).

Namun begitu, 70 – 80% wanita akan hamil secara spontan dan melahirkan anak yang normal selepas mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Artikel ini disiarkan oleh Majalah Pa&Ma, 14 December 2018

Was this article helpful?

14 December 2018

2 minute read

Ibu Hamil Kerap Keguguran? Fahami 11 Punca Ini

Dr. Sharina Binti Mohd Razali

Obstetrics And Gynecology

Learn more about Obstetrics And Gynecology in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips

The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital