Skip to content

Mengidam Makanan Manis-manis Masa Hamil & Boleh Jadi Moody Kalau Tak Dapat? Mama Kena Hati-hati

02 November 2018

2 minute read

Mengidam Makanan Manis-manis Masa Hamil & Boleh Jadi Moody Kalau Tak Dapat? Mama Kena Hati-hati

Mengidam atau teringin makan sesuatu yang manis kerap berlaku, tidak terhad kepada wanita hamil sahaja, orang yang tidak hamil juga boleh mengalaminya. Tapi bagi ibu hamil, berhati-hati dan kawal pengambilan makanan manis sangat penting. Lebih-lebih lagi yang mengalami gestational diabetes mellitus (GDM) atau masalah kencing manis ketika hamil.

Gula dalam darah atau glukos dikawal oleh sejenis hormon yang dinamakan insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak kekal tinggi. Di kalangan wanita yang hamil pula, hormon-hormon yang dihasilkan ketika hamil akan berlawan dengan insulin.

FAHAMI TENTANG KENCING MANIS MASA HAMIL

Keadaan ini menyebabkan paras glukos wanita hamil mudah meningkat naik. Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tahap glukos akan kembali normal semula. Inilah yang dikenali sebagai gestational diabetes mellitus (GDM) atau masalah kencing manis ketika hamil.

Bagaimana pula bagi wanita yang hamil mengidamkan makanan manis walhal beliau mengalami GDM? Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban hal tersebut bukan mengidam sebaliknya ketagihan kepada gula.

KALAU TAK DIPENUHI, BOLEH JADI MOODY

Ketagihan gula atau menginginkan makanan yang manis berlaku di dalam individu yang hamil dan juga bukan hamil. Jika disekat gula daripada diet mereka, pasti akan berlaku perasaan murung atau marah. Malah ada yang moody dan tidak sedap badan.

Jika anda mengalami masalah ini, anda perlu jalani ujian untuk kencing manis SEBELUM hamil. Jika terbukti mengalami masalah kencing manis, tahap glukos dalam darah MESTI dikawal sebelum hamil kerana boleh menimbulkan pelbagai kemudaratan kepada bayi.

CARI PEMANIS ALTERNATIF

Penggunaan bahan pemanis sebagai pengganti gula misalnya aspartame, dibenarkan ketika hamil ( kecuali dalam wanita yang mengalami masalah phenylketonuria). Kadang kala aspartame boleh menyebabkan sakit kepala dan migran. Oleh itu ia perlu digunakan secara sederhana dan berhati-hati.

TIP PEMAKANAN WANITA KENCING MANIS MASA HAMIL

Beberapa perubahan kehidupan sehari-harian juga boleh membantu wanita gestational diabetes untuk mengawal selera pemakanan. Di antaranya adalah:

  1. Bawa bekalan makanan ketika keluar bekerja.
  2. Elakkan makan makanan di luar supaya boleh kawal portion dan kandungan gula/ karbohidrat.
  3. Bekalan makanan hendaklah makanan yang sesuai dengan selera anda supaya anda boleh meneruskan corak pemakanan tersebut dengan berterusan.
  4. Makan dengan rakan-rakan yang mengamalkan pemakanan seimbang. Jika kita dikelilingi oleh rakan-rakan yang makan makanan berkalori tinggi, anda akan mudah “terjebak” sama.
  5. Jangan seksa diri sendiri dengan melihat buku-buku resipi atau blog masakan atau rancangan makanan/masakan. Ia membuatkan anda nak makan dan mencuba makanan yang dilihat!
  6. Pilihlah untuk berjalan kaki, aktiviti fizikal yang ringan seperti bersiar-siar di luar rumah untuk mengawal paras gula dalam darah.


Terdapat banyak artikel dan buku mengenai jenis makanan yang sesuai untuk gestational diabetes TETAPI nasihat yang terbaik untuk anda yang mengalami masalah ini adalah untuk berjumpa, berbincang dan berbual dengan pakar dietetik di klinik atau hospital berdekatan.

Artikel ini disiarkan oleh Majalah Pa&Ma, 2 November 2018

Was this article helpful?

02 November 2018

2 minute read

Mengidam Makanan Manis-manis Masa Hamil & Boleh Jadi Moody Kalau Tak Dapat? Mama Kena Hati-hati

Dr. Norintan Binti Zainal Shah

Obstetrics And Gynecology

Learn more about Obstetrics And Gynecology in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips

The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital