15 January 2020
•5 minute read
Saiz Bayi Dalam Kandungan Kecil, Masalah Besar?
Menurut Dr Norintan Zaina Shah, Pakar Obstetrik & Ginekologi daripada Hospital Columbia Asia, Seremban, saiz bayi yang kecil biasanya terjadi oleh beberapa sebab yang ketara. Ikuti penjelasan lengkap daripada beliau mengenai permasalahan saiz bayi yang kecil ini.
Semua bayi di dalam kandungan membesar dalam kadar yang tersendiri. Oleh itu, ketika bayi dilahirkan, ada bayi yang beratnya dua, tiga dan ada yang mencapai empat kilogram (malah mungkin lebih lagi). Kepelbagaian berat badan bayi ini berlaku sepanjang minggu kehamilan. Pengumpulan data berat bandan bayi dan tumbesaran bayi dari beribu-ribu ibu yang hamil membolehkan kita membina satu graf yang dinamakan sebagai normogram (Normogram juga dikenali sebagai “fetal growth chart”). Normogram inilah yang membantu doktor memantau pertumbuhan bayi dalam kandungan.
Apabila berat badan fetus atau bayi diukur melalui pemeriksaan ultrasound, terdapat segelintir bayi yang akan dikategorikan sebagai kecil. Masalah ini dikenali sebagai IUGR (intrauterine growth restriction). Ketika dilahirkan, bayi sebegini dikatakan sebagai “small for gestational age” (ringkasannya “SGA”) jika berat badan bayi itu kurang dari 10% di dalam carta normogram tadi.
Mengapa masalah IUGR/SGA ini penting? lanya penting kerana bayi-bayi ini sering dilanda masalah-masalah lain ketika dalam kandungan, sewaktu kelahiran dan selepas dilahirkan.
Diantara masalah-masalahnya adalah:
- Berat badan bayi sukar meningkat atau naik ketika dalam kandungan
- Mungkin mengalami masalah kekurangan oksigen
- Mudah “lemas” jika melalui kelahiran biasa
- Mudah mengalami masalah “meconium” dalam proses kelahiran
- Setelah dilahirkan, kurang gula/ glukos dalam darah
- Mudah mendapat jangkitan kuman
- Masalah tumbesaran dari bayi hingga ke alam kanak-kanak dan seterusnya
Â
Oleh kerana pelbagai masalah di atas, ibu bapa pastinya tertanya-tanya mengapa masalah ini berlaku? lanya sering berlaku kerana masalah “placenta” atau uri. Uri adalah organ yang membawa oksigen dan nutrisi bagi tumbesaran bayi.
Oleh itu jika uri kurang berfungsi, maka bayi akan kurang mendapat “makanan” dan menyebabkan masalah tumbesaran. Masalah uri ini berlaku di kalangan wanita yang mempunyai penyakit-penyakit seperti :
- Kencing manis yang tidak dikawal
- Masalah darah tinggi
- Pesakit jantung
- Merokok
- Minum arak
- Penggunaan dadah berbahaya
- Penyakit kronik seperti masalah buah pinggang, paru-paru dan usus misalnya
- Ibu yang mengalami masalah nutrisi
- Jangkitan kuman ketika hamil (misalnya rubella)
Apakah yang boleh dilakukan oleh seseorang wanita bagi mcngurangkan risiko IUGR dan SGA ini?
Lakukan pemeriksaan kesihatan bukan sahaja sebelum hamil, malah sebelum berkahwin. Jika ada masalah kesihatan, dapatkan rawatan sebelum hamil.
- Makan makanan yang sihat
- Dapatkan waktu untuk rehat dan tidur yang cukup
- Elakkan perkara yang boleh mengakibatkan kemurungan dalam hidup
- Jauhi ketagihan dadah, tabiat merokok dan minum arak
- Jika disahkan hamil, dapatkan pemeriksaan di klinik perbidanan seawal mungkin
Share:
Was this article helpful?
15 January 2020
•5 minute read
Saiz Bayi Dalam Kandungan Kecil, Masalah Besar?
Articles and Video
Learn more about Obstetrics And Gynecology in Columbia Asia
Learn MoreShare:
Was this article helpful?
Health Packages
Elevate your health with tailored health packages at Columbia Asia Hospital. Take charge of your health journey today.