Skip to content

Sakit Tumit

24 February 2011

3 minute read

Sakit Tumit

Pernahkah anda merasa sakit di bahagian tumit sejurus selepas tumit anda mencecah lantai diwaktu pagi? Bagaimana pula setelah berjalan agak lama? Disini saya ingin berkongsi pengetahuan mengenai masalah yang selalu membawa pesakit berjumpa dengan doctor. Sakit tumit ini mempunyai berbagai punca. Antara punca utama kesakitan di tumit adalah penyakit yang dipanggil “plantar fasciitis”

Apakah dia “plantar fasciitis”

Plantar fascia merangkumi sejenis tisu panjang yang terdapat di bawah tapak kaki, bermula dari ibu jari kaki hingga ke tumit. Antara fungsi utama tisu ini adalah untuk menyerap hentakan di kaki dan juga untuk mengekalkan bentuk “arch” di kaki. Dalam kes-kes tertentu, tisu ini mengalami keradangan (inflammation). Tidak diketahui apakah yang menyebabkan keradangan ini tetapi telah dipostulasikan bahawa proses degenerasi memainkan peranan. Satu lagi postulasi adalah mungkin disebabkan trauma mikro berulang kali ke atas tisu tersebut.

Siapa yang berisiko tinggi menghadapi sakit tumit ini

Disebabkan masalah ini berpunca dari segi degenerative, oleh itu ia selalu melibatkan pesakit di lingkungan pertengahan umur. Antara factor risiko lain adalah berat yang berlebihan ( obesity), ahli sukan pelari, dan golongan dimana pekerjaan memerlukan berjalan dengan banyak seperti jururawat. Bentuk dan anatomi kaki juga memainkan peranan. Kaki yang mempunyai “arch” yang tinggi, tapak yang leper, dan otot betis yang tegang juga mempunyai risiko mendapat masalah ini.

Apakah yang dapat dibuat untuk melegakan sakit ini

Beberapa cara mudah boleh di gunakan untuk mengurangkan masalah ini. Pesakit dinasihati supaya sentiasa memakai kasut yang sesuai. Apa yang dimaksudkan dengan sesuai adalah kasut yang mempunyai tapak yang lembut seperti yang diperbuat dari getah atau foam sepertimana terdapat dalam kasut sukan.

Satu lagi cara, ialah menggunakan “insole” di bahagian tumit, selalunya diperbuat dari siliko.

Pesakit juga boleh cuba meletakkan ketulan ais yang telah dibungkus dengan plastic dan kain keatas tumit yang sakit tadi.

Senaman untuk meregangkan tisu plantar boleh dibuat beberapa kali sehari, dan disyorkan tiga kali sehari. Kajian menunjukkan senaman ini lebih berkesan jika ia dimulakan dalam masa enam minggu bermulanya sakit tumit. Seeloknya senaman untuk regangan ini dibuat pada waktu pagi, dan juga sebelum berdiri setelah duduk pada waktu yang lama.

Rawatan Doktor

Sebelum doktor memulakan rawatan, beliau mungkin akan menasihati supaya X-ray dibuat keatas tumit tersebut untuk melihat tanda-tanda ketumbuhan tulang di tumit. Ini boleh menunjukkan kesan kalsifikasi keatas tisu plantar tersebut. Dalam kes-kes tertentu, doktor pakar mungkin juga mengambil keputusan membuat imbasan MRI dimana ini dapat menunjukkan kesan inflamasi di tumit tersebut.

Disebabkan tisu plantar fascia mengalami proses radangan ( inflammation) ini, maka doctor boleh memberi pesakit ubat anti-inflammatory selama beberapa hari untuk mengurangkan radangan ini. Sesi fisioterapy dengan ultrasound juga dapat mengurangkan proses radangan ini.

Selain dari terapi ultrasound, satu lagi jenis terapi yang bukan invasif adalah penggunaan Extracorporeal shockwave therapy (ESWT). Seakan ultrasound, impuls gelombang ditujukan kepada tisu plantar fascia itu untuk merangsang proses pemulihan.

Untuk mempercepatkan proses pengurangan radangan ini, suntikan steroid mungkin juga dapat dilakukan disekitar plantar fascia ni. Walaupun begitu, pesakit dinasihatkan supaya tidak mendapat suntikan ini terlalu kerap kerana ini mungkin menyebabkan komplikasi.

Perlukah pembedahan

Kebanyakan pengidap masalah plantar fasciitis ini boleh sembuh dengan cara yang disebutkan diatas, walaupun ia mengambil masa beberapa bulan untuk sembuh. Dalam segelintir kecil pesakit, sakit ini tidak sembuh walaupun beberapa modality telah dibuat. Doktor pakar mungkin harus membuat kajian dengan lebih teliti untuk memastikan bahawa sakit tumit pesakit bukan berpunca dari masalah selain dari plantar fasciitis.

Modality pembedahan boleh juga ditawarkan untuk segelintir pesakit diatas dimana rawatan biasa masih tidak berkesan. Rawatan baru bernama Radiofrequency microtenotomy boleh digunakan untuk mempercepatkan proses penyembuhan ini. Dalam prosedur ini, keratan dibuat di tumit pesakit dan plantar fascia yang sakit itu ditebuk dengan alat TOPAZ, supaya proses penyembuhan dapat berlaku.

Was this article helpful?

24 February 2011

3 minute read

Sakit Tumit

Dr. Saiful Akhtar Shamsuddin

Orthopedic

Learn more about Orthopedic in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips

The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital