12 November 2018
•2 minute read
Tumpah Darah Lepas Bersalin Bukan Hal Biasa-Biasa
Kes kematian ibu selepas melahirkan anak bukanlah hal biasa yang boleh dipandang ringan oleh ahli keluarga. Disebabkan itulah orang-orang lama selalunya menasihatkan ibu berpantang supaya ditemani suami atau ahli keluarga ketika berpantang.
Sepanjang 42 hari selepas dilahirkan, ibu yang baru melahirkan anak mudah terdedah dengan pelbagai risiko yang mampu mengundang bahaya sehingga menyebabkan kematian mengejut. Antara salah satu sebab kematian dikalangan ibu melahirkan anak adalah tumpah darah.
Menurut Dr Norintan Zainal Shah daripada Hospital Columbia Asia, kes kematian ibu selepas 42 hari bersalin diklasifikasikan sebagai “late maternal death”.
Punca Kematian Ibu
Banyak masalah yang menjadi punca kematian ibu selepas bersalin. Antara salah satu penyebab yang utama adalah masalah tumpah darah ketika bersalin.
Masalah tumpah darah selepas bayi dilahirkan dikenali sebagai post-partum hemorrhage (PPH). Sebanyak 25 peratus kes Maternal Mortality ratio atau MMR disebabkan oleh PPH ini.
Kes-kes tumpah darah berlaku kerana rahim tidak mengecut atau masalah uri yang dikeluarkan (selepas kelahiran bayi) tidak lengkap.
Ibu yang melahirkan bayi di rumah mempunyai risiko yang dilaporkan 3 hingga 5 kali lebih tinggi untuk mengalami PPH. Mereka yang mengandungkan bayi kembar atau berganda juga lebih berisiko untuk mengalami PPH.
Para wanita yang mengandungkan anak ke 6 atau lebih dari itu, juga mengalami risiko PPH. Walau bagaimana pun, risiko tumpah darah atau PPH ini boleh dikurangkan dengan cara ini:
- Mengamalkan perancangan keluarga agar tidak hamil lebih dari 5 orang.
- Melahirkan bayi anda di hospital-hospital besar.
- Elakkan memilih untuk bersalin sendiri
Oleh itu, bagi ibu yang mengandung anak pertama terutamanya harus mendapatkan informasi lebih mengenai hal ini. Tambah ilmu dan ketahui pendarahan bagaimana samada normal atau berlebihan sehingga mengundang risiko dan bahaya pada nyawa.
Artikel ini disiarkan oleh Majalah Pa&Ma, 12 November 2018
Share:
Was this article helpful?
12 November 2018
•2 minute read
Tumpah Darah Lepas Bersalin Bukan Hal Biasa-Biasa
Articles and Video
Learn more about Obstetrics And Gynecology in Columbia Asia
Learn MoreShare:
Was this article helpful?
Health Packages
Elevate your health with tailored health packages at Columbia Asia Hospital. Take charge of your health journey today.