28 May 2019
•2 minute read
Hamilkan Bayi Lelaki Ibu Berisiko Overdue. Nak Bersalin Cepat Banyakkan Jalan Kaki
Bila kandungan melepas tarikh jangkaan bersalin (overdue), ibu berdebar. Macam-macam yang bermain di fikiran. Bimbangkan si kecil & proses bersalin nanti.
Ibu yang kandungan overdue Jangan abaikan perihal berkaitan usia kandungan. Kandungan melepasi tarikh jangkaan bersalin atau overdue perlu diberikan perhatian ekstra & perlu dirujuk ke hospital segera. 7 Risikonya ini boleh menyebabkan impak besar kepada bayi & ibu.
Usia kandungan melepasi tarikh jangkaan bersalin memang mendebarkan para ibu. Tentunya kerisauan akan bermain di fikiran, memikirkan tentang diri dan tertanya-tanya bagaimana keadaan bayi, mudaratkah situasinya?
Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Bukit Rimau berkongsi info bahawa keadaan hamil overdue ini banyak berlaku.
Hanya Kira-Kira 5% Sahaja Ibu Yang Melahirkan Tepat Pada Tarikh Jangkaan.
“Tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40 minggu daripada tarikh hari pertama haid ibu yang terakhir. Ada juga keadaan di mana tarikh jangkaan ditentukan berdasarkan ujian imbasan bagi kes ibu yang mempunyai kitaran haid tidak teratur.
“Sekiranya anda mencapai usia kehamilan 41 minggu, anda akan diarahkan untuk ke hospital oleh doktor yang merawat. Doktor akan menyemak semula tarikh haid yang terakhir dan melakukan pemeriksaan kedudukan bayi dan saiznya. Selain itu, bukaan serviks juga diperiksa untuk melihat sama ada ia sudah bersedia untuk proses kelahiran,” kata Dr Sharina.
Bahaya Kandungan Lebih Tempoh/ Overdue
Bagi kehamilan yang melepasi minggu 40, ibu dan bayi berisiko untuk berhadapan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti berikut;
- Bayi mati dalam kandungan.
- Fetal distress di mana bayi menunjukkan reaksi seperti degupan jantung yang perlahan dan kurang pergerakan.
- Meningkatkan risiko bayi untuk mengalami Sindrom Aspirasi Mekonium yang boleh menyebabkan bayi tertelan najis selepas minggu ke-40.
- Air ketuban yang berperanan untuk melindungi bayi semakin kurang isi padunya.
- Ibu berisiko untuk mengalami trauma semasa proses kelahiran kerana kemungkinan bayi perlu dilahirkan menggunakan alat bantu seperti vakum atau forseps kerana saiz bayi yang besar.
- Intraparum hypoxia di mana bayi mengalami kekurangan oksigen.
- Risiko bahu bayi tersangkut semasa kelahiran atau shoulder dystocia. Ini disebabkan oleh saiz bayi besar.
Kenapa Sering Mengalami Overdue?
Menurut Dr Sharina, kehamilan yang melepasi tempoh jangkaan bersalin atau overdue ini banyak terjadi kepada wanita hamil yang mempunyai ciri-ciri ini;
- Ibu tidak pasti tarikh hari pertama haid terakhir sebelum hamil.
- Kehamilan pertama.
- Ibu mempunyai sejarah overdue sebelum ini. Jadi tidak hairanlah jika seorang ibu mengalami beberapa kehamilan yang overdue.
- Hamil bayi lelaki.
- Ibu mempunyai berat badan berlebihan.
- Bayi mempunyai kecacatan secara biologi yang menyebabkan kekurangan hormon kortisol pada bayi yang melambatkan proses bersalin. Mereka juga berisiko untuk mengalami masalah kekurangan oksigen semasa kelahiran (intrapartum hypoxia).
Cadangan Sekiranya Ibu Mengalami Overdue
- Indius pada 41 minggu.
- Membrane sweeping daripada minggu ke 38 ke atas.
Percepatkan Kelahiran
Selain daripada membuat ujian imbasan dan memeriksa bukaan, doktor juga akan melakukan prosedur membrane sweep yang bertujuan untuk mencetuskan kelahiran. Ia selalunya dilakukan semasa pemeriksaan bukaan di mana jari akan dimasukkan pada serviks dan perlahan-lahan ia digerakkan dalam bentuk pusingan bagi memisahkan membran kantung bayi dengan rahim.
Membrane sweep jika dilakukan dengan betul akan merembeskan hormon prostaglandin yang mencetuskan kelahiran dalam masa 48 jam. Selain membrane sweep, berjalan kaki juga boleh mencetuskan kelahiran. Ia menggalakkan proses kelahiran bagi kandungan yang sudah mencapai usia 40 minggu. Ini kerana pergerakan membantu kepala bayi untuk memasuki pelvis.
Artikel ini disiarkan oleh Pa&Ma, 23 May 2019
Share:
Was this article helpful?
28 May 2019
•2 minute read
Hamilkan Bayi Lelaki Ibu Berisiko Overdue. Nak Bersalin Cepat Banyakkan Jalan Kaki
Articles and Video
Learn more about Obstetrics And Gynecology in Columbia Asia
Learn MoreShare:
Was this article helpful?
Health Packages
Elevate your health with tailored health packages at Columbia Asia Hospital. Take charge of your health journey today.