Skip to content

Rawatan Pesakit Kanser Perlukan Penjagaan Tepat, Rapi

08 October 2022

2 minute read

Rawatan Pesakit Kanser Perlukan Penjagaan Tepat, Rapi

PERKHIDMATAN rawatan bagi penyakit kanser di negara ini yang ditawarkan di Malaysia kini berada pada tahap cukup maju.

Pakar Onkologi, Columbia Asia Hospital-Bukit Rimau (CAH-BR), Dr R Kananathan, berkata selain itu melalui perkembangan dalam sains perubatan juga telah memperbaiki prognosis bagi pesakit kanser, terutamanya jika penyakit itu dikesan pada peringkat awal.

Beliau berkata, seiring dengan itu CAH-BR, bertekad untuk membantu pesakit kanser sebaik mungkin kerana memahami kesusahan dan kebimbangan mereka sebaik sahaja didiagnosis dengan kanser.

“Bagaimanapun, apabila bercakap mengenai kanser, ada pesakit yang berputus asa. Ini kerana umumnya kita ketahui kanser adalah penyakit serius berbahaya dan mengancam nyawa serta boleh menyerang semua lapisan masyarakat,” katanya.

“Kanser perlu diuruskan melalui penjagaan pesakit yang tepat dan rapi.

“Oleh sebab itulah di CAH-BR kami menyediakan rawatan intergrasi secara menyeluruh bagi membantu pesakit kanser,” katanya.

Pakar Onkologi, Columbia Asia Hospital-Bukit Rimau (CAH-BR), Dr R Kananathan.

Rawatan Holistik

Dr Kanathan berkata, pusat rawatan kanser di CAHBR menyediakan rawatan holistik merangkumi pembedahan, radioterapi, kemoterapi, Imunoterapi Berasaskan Sel dan Radiologi Intervensi kepada pesakit kanser.

Beliau berkata, selain terapi yang disasarkan dalam rawatan pesakit kanser, pakar disiplin di CAH-BR memainkan peranan masing-masing dalam membantu pesakit kanser berjuang mengikut keperluan rawatan yang diperlukan.

“Sebagai hospital yang menyediakan rawatan kanser berintergratif, CAH-BR mengambil pendekatan berkumpulan dalam mendiagnosis dan merawat kanser.

“Pesakit dapat memanfaatkan perkhidmatan pakar yang terdiri daripada disiplin masing-masing dengan penggunaan teknologi terkini dalam rawatan kanser.

“Rawatan kanser seperti diketahui juga dilihat semakin bertambah menjadikan rawatan intergrasi ini pada masa sekarang disertai pasukan terlatih dan dari semua aspek,” katanya.

“Sebagai contoh, usaha kami menitik beratkan faktor psikologi pesakit kanser selain pemakanan mereka dan juga rawatan fisioterapi bagi memulihkan pergerakan sendi dan otot.

Mengulas mengenai kaedah rawatan yang disediakan, Dr Kananathan berkata pakar menggunakan Tumour Board untuk membincangkan sebarang cadangan berdasarkan keadaan pesakit. Contohnya, pakar bedah CAH-BR akan mengadakan perbincangan dengan pakar onkologi, patologi dan radiologi.

“Peranan CAH-BR sebagai pusat perubatan multi disiplin termasuklah rawatan kanser integratif, menggabungkan pendekatan klinikal yang menyeluruh serta berinovasi. Objektif kami memberi penjagaan dan rawatan khusus untuk setiap pesakit dengan kesan sampingan yang minimum,” katanya.

“Kami juga ada lawatan ke rumah untuk pesakit terminal yang tidak berupaya datang ke hospital.

“Pasukan pengurusan kesakitan pula mampu melegakan kesakitan pesakit akibat kanser,” katanya.

Pasukan Onkologi CAH-BR terdiri daripada profesional perubatan yang berpengalaman serta komited untuk membimbing dan menyokong pesakit melalui setiap langkah perjalanan melawan kanser.

Click for Online Article:

The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital