Skip to content

Lebih 400 Kakitangan Media Prima Jalani Pemeriksaan Kesihatan bagi Mengesan Pre-diabetes

08 October 2024

1 minute read

Lebih 400 Kakitangan Media Prima Jalani Pemeriksaan Kesihatan bagi Mengesan Pre-diabetes

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2024 – Lebih 400 kakitangan Media Prima Berhad (Media Prima) menyertai pemeriksaan kesihatan yang diadakan oleh Kumpulan Hospital Columbia Asia bagi mengenalpasti mereka yang mengalami pre-diabetes

Program kerjasama itu di bawah naungan Program Kesejahteraan Pekerja Media Prima (MPB FIT-Tastic) dan Program Transformasi Kesihatan Columbia Asia (HTP) selama empat hari berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama pada 23 dan 34 September, manakala di Balai Berita, di sini, pada 25 dan 26 September lalu.

Pengurus Perkhidmatan Pelanggan Korporat Columbia Asia yang juga pakar pemakanan, Nurullatifah Fauzan, berkata daripada jumlah berkenaan, mereka yang paling tinggi risikonya akan dipilih untuk menyertai Program Penjagaan Prediabetes Columbia Asia selama enam bulan.

Katanya, ia selaras dengan inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menangani peningkatan diabetes di kalangan rakyat Malaysia.

“Program kesihatan ini juga bertujuan mendidik kakitangan Media Prima mengenai cara hidup sihat sebagai langkah awal untuk mengurus pre-diabetes supaya tidak terjerumus menjadi pesakit diabetes.

“Antara cara menangani prediabetes termasuk khidmat nasihat diet pemakanan, senaman dan kesihatan melalui sesi kaunseling peribadi dengan doktor serta pakar pemakanan Columbia Asia.

“Kemajuan setiap peserta kemudiannya akan dipantau dan direkodkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada tahap pre-diabetes, mungkin tiada simptom yang jelas, jadi ramai mungkin tidak sedar bahawa mereka berisiko tetapi, jika prihatin mengenai keadaan kesihatan, boleh mengambil langkah awal untuk menangani keadaan supaya tidak diserang diabetes.

“Ini kerana apabila sudah disahkan sebagai pesakit diabetes, sudah terlambat untuk melakukan apa-apa selain mengurus penyakit tersebut seumur hidup,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kumpulan Sumber Manusia Media Prima, Nor Arzlin Redzwan berkata, mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan pekerja adalah pelaburan sesebuah syarikat untuk asas kejayaan bersama.

“Tenaga kerja yang sihat mendorong inovasi, produktiviti dan budaya kerja yang baik,” katanya.

Saringan kesihatan yang diadakan itu termasuk ujian pemeriksaan tahap gula darah dan tekanan darah.

Selain itu, maklumat mengenai sejarah perubatan dan gaya hidup juga dicatat untuk menilai risiko diabetes.

Turut ditawarkan adalah ujian kolesterol dengan kos minimum, mesin In-Body bagi menganalisis komposisi badan, termasuk otot dan lemak, sesi fisioterapi oleh Precise Rehab untuk membantu melegakan kesakitan ringan seperti sendi dan otot.

Click for Online Article:

The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital