02 December 2020
•2 minute read
Mak Ayah! Lengkapkan Perlindungan Maksimum Imunisasi Dalam Proses Tumbesaran Anak
Di dunia ini, kita wujud berdampingan dengan pelbagai jenis bakteria dan virus. Kebanyakkan mikroorganisma ini tidak mendatangkan kemudaratan namun ada yang berpotensi untuk sebaliknya. Vaksin memainkan peranan untuk mencegah penyakit berjangkit seperti polio, batuk kering dari merebak dan menjangkiti kita.
Vaksin mengandungi bakteria/virus atau komponennya yang telah dilemahkan atau dimatikan. Apabila diperkenalkan ke badan, ia akan merangsang sistem imun/pertahanan kita untuk bertindak dan mengenal pasti bakteria/virus ini sebagai ancaman, dan membina antibodi yang bersesuaian untuk memusnahkannya. Antibodi yang dibina ini akan bertindak sebagai memori pertahanan badan untuk melawan jangkitan yang serupa pada masa depan.
Golongan yang patut dilindungi dengan pemberian vaksin adalah golongan bayi dan kanak-kanak yang berisiko tinggi kerana sistem imun mereka masih tidak matang. Contohnya, vaksin BCG diberi kepada bayi selepas lahir untuk mencegah tuberculosis (batuk kering). Kerajaan mewajibkan pengambilan vaksin seperti yang disenaraikan dalam Jadual KKM di bawah.
Terdapat juga vaksin tambahan/pilihan seperti pneumococcal, meningitis, Hepatitis A, influenza, varicella (cacar air), dan rotavirus yang boleh didapati di kemudahan perubatan swasta.
Terdapat sesetengah vaksin memerlukan lebih daripada satu dos untuk memberi perlindungan maksimum (batuk kering, diptheria, tetanus) manakala ada sesetengah vaksin pula hanya memberi perlindungan untuk tempoh terhad (contohnya, tetanus) maka booster dos diperlukan. Adalah sangat penting untuk melengkapkan siri vaksin untuk memastikan perlindungan maksimum. Cuba untuk mematuhi jadual immunisasi yang ditetapkan dan jika sekiranya terpaksa ditunda, digalakkan untuk mengambil immunisasi secepat mungkin.
Vaksin, seperti semua ubat-ubatan, berkemungkinan mendatangkan kesan sampingan. Bukan dikatakan semua yang mengambil vaksin akan mendapat kesan sampingan tetapi jika ada, biasanya adalah ringan seperti demam dan sakit pada tempat suntikan yang boleh sembuh dengan cepat.
Artikel ini disiarkan oleh Mingguan Wanita, 20 Ogos 2020.
Share:
Was this article helpful?
02 December 2020
•2 minute read
Mak Ayah! Lengkapkan Perlindungan Maksimum Imunisasi Dalam Proses Tumbesaran Anak
Articles and Video
Learn more about Internal Medicine And Endocrinology in Columbia Asia
Learn MoreShare:
Was this article helpful?
Health Packages
Elevate your health with tailored health packages at Columbia Asia Hospital. Take charge of your health journey today.