Skip to content

Kejohanan Boling ‘Strike Out Cancer 3.0’ – Columbia Asia Hospital Menghargai Peranan Media

07 March 2025

1 minute read

Columbia Asia Hospital - Petaling Jaya Awarded 'Baby-Friendly Hospital Initiative' Gold Plaque by The Ministry of Health Malaysia

Menyedari peranan pengamal media sebagai perantara dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat, Hospital Columbia Asia (Wilayah 1, cawangan Bukit Jalil, Cheras, Puchong dan Setapak) menyantuni golongan itu dalam kejohanan boling bertemakan ‘Strike Out Cancer 3.0’ yang berlangsung di Sunway Pyramid, baru-baru ini.

Kejohanan disertai 16 pasukan, terdiri daripada rakan media, pentadbir pihak ketiga (TPA) serta pasukan dari beberapa cawangan Hospital Columbia Asia (Wilayah 1).

Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Columbia Asia (Wilayah 1), Puan Engku Marina Engku Hatim berkata, pihaknya sentiasa menghargai usaha media yang menjadi perantara Columbia Asia dengan masyarakat.

“Menerusi aktiviti riadah bersama ini, ia juga usaha menyebar luas maklumat mengenai perkhidmatan perubatan serta rawatan, sebagai wadah perjuangan kesihatan yang sejahtera kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Tambah beliau, hospital berkenaan turut menawarkan pelbagai pakej saringan kesihatan terkini bagi memastikan setiap pesakit menerima penjagaan yang berkualiti dan holistik.

“Kami komited untuk terus mempertingkatkan kemudahan dan perkhidmatan perubatan, di samping menjalankan lebih banyak program kesedaran kesihatan pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir dalam kejohanan itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Columbia Asia Puchong, Puan Ong Gait Cheng dan Ketua Pegawai Eksekutif cawangan Setapak, Norakmarul Laili Nahrawi.

Pertandingan boling dua pusingan itu menyaksikan pasukan Metro Rangers daripada Harian Metro merangkul juara dengan membawa pulang wang tunai RM1,100.

Sementara, naib juara dimenangi pasukan Bernama HEK dengan membawa pulang wang tunai RM950 dan pasukan PhotoBomb mendapat tempat ketiga dengan wang tunai RM750.

Click for Online Article:

Hargai peranan media – Harian Metro, 3 Mac 2025

The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital